Tech: Sketch 49, Prototyping

sketch prototyping

Sketch ada kemaskini terbaru iaitu versi 49. Dengan hadirnya versi ini, maka aku nampak itu adalah satu saingan secara terus kepada inVision kerana selama ini untuk membuat prototyping daripada Sketch perlu masukkan ke dalam inVision.

Kalau dahulu selalunya kita akan menghasilkan 3 contoh tema cadangan untuk sistem web mahupun mobil dan contoh tersebut hanya berada di dalam kertas. Permasalahan dengan kaedah tersebut adalah apabila klien bukanlah orang yang mempunyai asas IT yang kuat, agak sukar untuk mendapatkan keperluan pengguna dengan betul dan terlepas daripada keperluan asal itu adalah biasa. Masalah mula timbul apabila dokumen keperluan pengguna yang asal tidak dapat memenuhi keperluan sebenar di sebabkan ketidak fahaman di antara dua pihak terhadap perkara-perkara yang tersembunyi seperti aliran sistem yang lain daripada dikehendaki oleh pengguna disebabkan kelemahan penerangan secara visual ini.

Disebabkan perkara ini, aku pernah terlibat dengan beberapa projek yang menggunakan inVision sebagai perantara. Jika sebelum ini pengguna hanya dapat melihat aliran di atas kertas, maka dengan hadirnya inVision, aliran tersebut dapat dijadikan sebagai hampir realiti sebagai contoh apabila dia menekan butang log masuk, paparan akan bertukar kepada paparan dashboard. Dengan kaedah ini, kefahaman pengguna akan dipertingkatkan dan dapat menangani serta mengurangkan masalah fungsi tersembunyi tadi.

sketch-prototyping

Cuma, inVision adalah aplikasi pihak ketiga dan itu memerlukan kos tambahan. Maka dengan Sketch 49, kos tersebut dapat dikurangkan dengan menggunakan Sketch secara terus untuk membuat prototyping dan apabila digabungkan dengan kemampuan Sketch Cloud, aku lihat ini amat memudahkan perkongsian di antara rakat sepasukan mahupun klien. Seperti juga inVision, pengguna yang melihat prototyping tersebut boleh membuat komen secara terus pada gambar semasa dan boleh juga dijadikan sebagai dokumentasi perbincangan secara rasmi di antara pembangun sistem dan klien.

Sebagai contoh, klien tidak mahu butang berwarna biru tetapi mahu menukarkannya kepada butang berwarna hijau. Maka kumpulan pembangun sistem tahu tentang perkara tersebut secara rasmi dan butang tersebut dapat ditukar mengikut keperluan klien.

Sketch adalah aplikasi berbayar untuk peranti Apple sahaja. Tetapi untuk perkongsian prototype menggunakan Sketch Cloud boleh di buka oleh mana-mana browser yang disokong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.