Tech: Nativescript iOS – Unable to apply changes on device

Aku dalam proses membuat satu percubaan untuk membina satu aplikasi mobil untuk sistem HR menggunakan Nativescript + Vuejs. Tetapi apabila aku cuba jalankan kod ke dalam emulator terdapat ralat yang menganggu.

Ceritanya, apabila aku jalankan arahan yarn run watch:ios pada terminal akan keluar ralat seperti dibawah;

Unable to apply changes on device: <device_id>. Error is: Command failed: ruby -e "require 'xcodeproj'; Xcodeproj::Config.new('/Users/syafiq/Developer/ost-hr-mobile/dist/platforms/ios/plugins-debug.xcconfig').merge(Xcodeproj::Config.new('/Users/syafiq/Developer/ost-hr-mobile/dist/app/App_Resources/iOS/build.xcconfig')).save_as(Pathname.new('/Users/syafiq/Developer/ost-hr-mobile/dist/platforms/ios/plugins-debug.xcconfig'))"
/System/Library/Frameworks/Ruby.framework/Versions/2.0/usr/lib/ruby/2.0.0/rubygems/core_ext/kernel_require.rb:55:in `require': cannot load such file -- xcodeproj (LoadError)
        from /System/Library/Frameworks/Ruby.framework/Versions/2.0/usr/lib/ruby/2.0.0/rubygems/core_ext/kernel_require.rb:55:in `require'
        from -e:1:in `<main>'

Daripada pembacaan aku, orang di internet mencadangkan untuk membuat diagnos menggunakan tns doctor (macam brew doctor untuk tujuan diagnos),

WARNING: xcodeproj gem is not installed or is not configured properly.
You will not be able to build your projects for iOS.
To be able to build for iOS and run apps in the native emulator, verify that you have installed xcodeproj.

Maka aku pasang pakej xcodeproj dengan command gem install xcodeproj. Setelah selesai aku jalankan semula arahan yarn run watch:ios dan akhirnya aku dapat jalankan kod ini di dalam emulator.

Nota: Nativescript + Vuejs baru dalam versi 1.0, maka sebenarnya tidak berapa sesuai untuk digunakan untuk sistem yang sebenar. Aku jadikan sistem HR dalaman sebagai bahan eksperimen untuk mengetahui sejauh mana fungsi yang ada di dalam versi Vuejs ini. Fungsi yang aku cuba akan masukkan adalah authentication dan geolocation dahulu. Kamera, autosync dan lain-lain akan menyusul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.