Taman: Tanah Succulent

Ada tiga experiment yang aku buat untuk buat tanah yang boleh sokong succulent.

  1. Cocopeat bakar
  2. Tanah organik + batu kecil di bawah sebagai drainage
  3. Mix tanah organik 2/3 + batu kecil 1/3

Cocopeat bakar

Sedia maklum cocopeat adalah antara bahan yang bagus untuk dijadikan medium dalam tanaman berpasu / bekas. Seperti namanya, cocopeat yang dibakar menghasilkan arang kepada cocopeat yang mana berfungsi seperti cocopeat cuma lebih kurang mengalirkan kelembapan kerana strukturnya yang halus berbanding cocopeat asal yang berserat.

Keputusan: untuk permulaan adalah bagus, tetapi perlu amat berhati-hati dengan kadar air kerana aku ada dua succulent yang membusuk kerana ada cocopeat yang menyeliputi daun.

Tanah organik + batu kecil sebagai drainage

Aku gunakan tanah organik yang dibeli di nursery. Cuma meletakkan batu kecil sebagai drainage atau subsoil yang tidak telap air yang akan membantu dalam proses mengurangkan lebihan air di dalam tanah topsoil. Aku tidak pasti adakah kaedah ini akan membantu mengeluarkan air yang berlebihan tetapi dalam keadaan hari ni nampaknya seperti berkesan. Cuma mengharapkan cuaca yang lebih panas untuk membantu proses penyejatan air daripada tanah agar tanah lebih kering.

Keputusan: TBA.

Mix tanah organik + batu kecil

Tujuannya adalah untuk mengurangkan tahap kemampuan menyimpan air di dalam tanah topsoil secara total dan sekali gus membantu mengurangkan risiko air yang terlalu banyak. Tetapi bergantung juga adakah kaedah ini akan menyebabkan terlalu sedikit air yang akan tinggal di dalam tanah ataupun tidak. Jika terlalu sedikit, bahan organik yang mampu menyimpan air seperti cocopeat atau serpihan kayu adakah bahan yang sesuai untuk dijadikan sebagai penambah ruang penyimpanan air.

Keputusan: TBA.

Nota

Sebenarnya kalau nak pantas, beli saja tanah kaktus. Selesai. Tapi ini adalah satu eksperimen yang menggunakan bahan-bahan yang ada di dalam sekitar rumah.

Batu kecil yang digunakan adalah daripada pasir yang terkumpul di tepi jalan. Diasingkan untuk hanya mengambil batu kecil sahaja.

Taman: Topsoil

Antara perkara yang aku buat untuk pastikan tanaman sentiasa mendapat khasiat adalah menukar topsoil. Bila kali terakhir anda tukar topsoil untuk tanaman anda?

Apa itu topsoil?

Topsoil adalah lapisan yang paling atas yang dikatakan antara 2 hingga 8 inci daripada permukaan tanah. Kepentingan topsoil kepada tumbuhan adalah membekalkan nutrient kepada tanaman kerana di lapisan ini adalah lapisan yang mempunyai paling tinggi bahan organik mahupun organisma. Oleh kerana perkara tersebut kebanyakkan akar tumbuhan akan berada di bahagian ini untuk memudahkan proses penyerapan nutrient sebelum menuju ke bahagian subsoil jika tiada pilihan.

Dalam konteks tanaman kecil-kecilan, perkara yang selalu diabaikan adalah keadaan topsoil. Ini kerana selalunya apabila sesebuah pokok ditanam, kita jarang untuk membuat penanaman semula atau penukaran topsoil kepada tanaman kita. Akhirnya permasalahan seperti akar terlalu padat, tanah menjadi keras, pokok tidak mendapat nutrient akan berlaku. Maka ini adalah kaedah aku dalam membuat penyelengaraan tanaman.

  1. Keluarkan sekitar dua inci tanah (sekitar satu ruas ibu jari) daripada sekitar tanaman tidak kira sama ada di dalam pasu atau di atas tanah.
  2. Letakkan tanah baharu untuk menggantikan tanah yang lama.
  3. Siram seperti biasa untuk pastikan tanah baharu tersebut dalam keadaan lembap.
  4. Tertib.

Antara sebab untuk mengeluarkan tanah sekitar dua inci adalah kerana jika terdapat akar-akar rumpai pun akan terkeluar sekali. Dan dengan mengeluarkan tanah di atas tersebut juga dapat melonggarkan akar di atas dan menggalakkan pertumbuhan akar baharu. Digalakkan juga untuk menambah sungkupan seperti daun kering agar pertumbuhan rumpai baharu dapat dikawal kerana tanah yang baharu kaya dengan nutrient dan rumpai amat menyukainya. Tetapi jangan terlalu tebal kerana boleh membunuh pokok.

Tanah Lama?

Apa yang boleh dibuat dengan tanah yang lama? Selain dibuang (membazir sumber bagi pendapat aku), anda boleh memulakan kaedah kompos dengan menggunakan tanah yang telah diguna untuk dikitar semula menjadi tanah berkompos yang boleh digunakan untuk penyelengaraan akan datang.

Caranya, cari satu bekas yang legap, masukkan bahan kompos seperti rumput, sisa dapur yang tidak berminyak seperti kulit bawang, lapiskan di antara bahan kompos dengan tanah yang telah digunakan. setiap lapisan sekitar dua inci. Jika boleh di bahagian bawah bersambung dengan tanah agar mudah untuk ulat dan cacing untuk naik ke atas. Jika tidak, anda perlu memasukkan secara manual cacing dan ulat di dalam tanah untuk mempercepatkan proses penguraian bahan kompos.

Proses pembuatan kompos adalah perlahan. Kerana bergantung kepada jumlah organisma yang terdapat di dalam tana untuk membantu proses penguraian. Aku galakkan korang memastikan bahan organik tersebut dalam keadaan kecil bukannya besar untuk meningkatkan luas permukaan yang akan meningkatkan kadar penguraian. Jika kaedah anda buat adalah betul, bau bukanlah satu masalah.

Dalam masa dua bulan anda boleh menggunakan bahan kompos tersebut untuk diguna semula dalam proses penyelengaraan topsoil. Jimat duit dan anda baru sahaja membantu dalam mengurangkan penghantaran sisa organik ke tapak pelupusan sampah.

Nota: Jika tanaman dalam pasu dan akar terlalu padat, perlu buat penanaman semula. Antara ringkaskan akar (teknik bonsai) atau tukar pastu yang lebih besar. Keseluruhan tanah perlu ditukar.

Gutenberg

Ini adalah percubaan kepada Gutenberg. Satu editor yang masih dalam proses eksperimen di dalam WordPress. Ideanya adalah untuk memudahkan penghasilan entri yang lebih flexible mengikut keperluan tanpa memerlukan banyak kerja.

Kalau letak headsink di atas kubur, adakah yang di dalam kubur itu akan merasa lebih sejuk?

Memang menarik untuk menghasilkan content yang cepat dan cantik. Tapi kene buat banyak Javascript. Ideanya adalah letak sebagai component sebab WP dan jadi react based.

Masa diambil

512

saat

Cadangan Untuk Gobind

Aku tertarik dengan artikel yang mana Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang untuk mengurangkan harga jalur lebar kepada separuh daripada harga sekarang. Aku biasa dengar janji-janji ini cuma berapa pantas dan berapa kerap dapat dibuat? Setakat ini aku nampak hanya pada janji sahaja. Pencapaiannya belum tentu.

Apa pun aku ingin mencadangkan beberapa perkara yang aku rasa boleh dicadangkan kepada Gobind;

  1. Untuk semua talian tetap di bawah TM, Streamyx dengan kelajuan 1mbps adalah termasuk di dalam pelan. Dengan maksud lain, Streamyx 1mbps adalah percuma. Mungkin dengan kuota atau tiada kuota. Ini dapat meningkatkan kadar penembusan internet di Malaysia terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar yang mana penduduk masih bergantung kepada Streamyx yang prestasinya tidak sepadan dengan harganya. Dengan maksud lain, setiap rumah yang ada talian tetap TM, terus mempunyai internet percuma. Bayangkan peningkatan ketara kadar penembusan interent di Malaysia selepas perlaksanaan tersebut. Ini adalah matlamat pertama – meningkatkan penembusan internet di Malaysia.
  2. Memberikan pembekal servis yang lain untuk membentang backbone mereka ke seluruh Malaysia tanpa perlu bergantung kepada backbone TM sahaja. Ini sekaligus akan mengurangkan kuasa monopoli TM dan juga akan dapat merendahkan harga internet di Malaysia. Dan perlawanan di antara pembekal servis ini juga dilihat dapat mendekatkan jurang di antara kawasan luar bandar yang mempunyai purata kelajuan internet yang perlahan dan kawasan bandar yang mempunyai kelajuan mencapai 100 kali ganda daripada di luar bandar. Jika ini berjaya maka matlamat kedua dapat dicapai iaitu meningkatkan kelajuan purata internet di Malaysia.
  3. Meletakkan syarat kepada pembekal servis untuk membuat semakan semula harga langganan setiap 18-24 bulan. Ini akan memberikan kebaikkan kepada Malaysia dalam jangka masa yang sederhana yang mana peningkatan daripada sudut penembusan internet dan juga purata kelajuan internet negara akan bertambah dari tahun ke tahun. Seperti contoh kaedah yang digunakan oleh Unifi tempoh hari, pelanggan akan diberikan peningkatan kelajuan internet tetapi tidak menaikkan harga langganan.

Buat masa ini itu sahaja tiga perkara yang aku rasa sesuai untuk diketegahkan.

Git Permission Denied (Public Key)

Pagi tadi aku dapat satu kes yang perlukan bantuan. Kesnya adalah begini;

Apa bila developer membuat arahan git fetch akan keluar ralatpermission denied (public key). Maka dalam hal ini, berikut adalah step yang aku gunakan untuk cari masalah tersebut berpunca daripada mana.

  1. Pastikan ssh public key telah dijana oleh server. Kalau *nix based boleh lihat pada ~/.ssh/id_rsa.pub. Kalau tiada, sila jana dahulu.
  2. Pastikan ssh public key tersebut telah dimasukkan ke dalam git upstream server. Bermula daripada ssh-rsa, diikuti dengan signature yang unik dan berakhir dengan nama server. Jika salah, maka kene betulkan dahulu.
  3. Periksa bahawa server git upstream mengenal server kita. Kalau *nix based boleh cuba dengan arahan ssh -v [email protected]<git upstream server domain> dan sepatutnya git server akan mengenal anda  dengan memberi jawapan seperti Welcome to GitLab, Syafiq Lomotech. Jika gagal sila periksa semula langkah 2. Jika masih berlaku cuba ke langkah 4.
  4. Periksa upstream url anda dengan melihat git config pada .git/config dan lihat pada bahagian url. Pastikan url tersebut sama dengan url yang dibekalkan daripada server git upstream. Dalam kes pagi tadi. Url ini tidak sama. Sepatutnya gitlab. Tetapi telah ditukarkan kepada github.

Jika masih tidak berjaya, aku tak de idea. Sebab tak sampai lagi tahap tu.