Taman: Tanah Succulent

Ada tiga experiment yang aku buat untuk buat tanah yang boleh sokong succulent.

  1. Cocopeat bakar
  2. Tanah organik + batu kecil di bawah sebagai drainage
  3. Mix tanah organik 2/3 + batu kecil 1/3

Cocopeat bakar

Sedia maklum cocopeat adalah antara bahan yang bagus untuk dijadikan medium dalam tanaman berpasu / bekas. Seperti namanya, cocopeat yang dibakar menghasilkan arang kepada cocopeat yang mana berfungsi seperti cocopeat cuma lebih kurang mengalirkan kelembapan kerana strukturnya yang halus berbanding cocopeat asal yang berserat.

Keputusan: untuk permulaan adalah bagus, tetapi perlu amat berhati-hati dengan kadar air kerana aku ada dua succulent yang membusuk kerana ada cocopeat yang menyeliputi daun.

Tanah organik + batu kecil sebagai drainage

Aku gunakan tanah organik yang dibeli di nursery. Cuma meletakkan batu kecil sebagai drainage atau subsoil yang tidak telap air yang akan membantu dalam proses mengurangkan lebihan air di dalam tanah topsoil. Aku tidak pasti adakah kaedah ini akan membantu mengeluarkan air yang berlebihan tetapi dalam keadaan hari ni nampaknya seperti berkesan. Cuma mengharapkan cuaca yang lebih panas untuk membantu proses penyejatan air daripada tanah agar tanah lebih kering.

Keputusan: TBA.

Mix tanah organik + batu kecil

Tujuannya adalah untuk mengurangkan tahap kemampuan menyimpan air di dalam tanah topsoil secara total dan sekali gus membantu mengurangkan risiko air yang terlalu banyak. Tetapi bergantung juga adakah kaedah ini akan menyebabkan terlalu sedikit air yang akan tinggal di dalam tanah ataupun tidak. Jika terlalu sedikit, bahan organik yang mampu menyimpan air seperti cocopeat atau serpihan kayu adakah bahan yang sesuai untuk dijadikan sebagai penambah ruang penyimpanan air.

Keputusan: TBA.

Nota

Sebenarnya kalau nak pantas, beli saja tanah kaktus. Selesai. Tapi ini adalah satu eksperimen yang menggunakan bahan-bahan yang ada di dalam sekitar rumah.

Batu kecil yang digunakan adalah daripada pasir yang terkumpul di tepi jalan. Diasingkan untuk hanya mengambil batu kecil sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.