Telaga

Barangkali, di tengah telaga
Ada tersisa butiran cinta

Elegi Esok Pagi, Ebiet G. Ade

Daripada pemahaman aku telaga tersebut merujuk kepada perigi yang hampir kosong (atau dipanggil perigi buta) yang kering kotang dan dia mengharapkan masih ada beberapa butiran air (cinta) untuk memberikan harapan. Atas beberapa sebab;

Telaga itu persis kepada perempuan seperti mana di dalam peribahasa “telaga mencari timba” yang dimaksudkan perempuan yang mencari teman hidup lelakinya kerana di dalam konteks masyarakat melayu klasik, tidak biasa perbuatan perempuan yang meminang lelaki tetapi sebaliknya lelaki yang normalnya meminang perempuan.

Telaga juga disinonimkan kepada kemewahan atau harapan di dalam peribahasa “telaga kering hilanglah timba” yang merujuk kepada harapannya masih ada “tersisa butiran cinta” untuknya.

Oleh kerana zaman dahulu tiada sistem pengairan yang betul di kampung-kampung maka telaga itu adalah punca air yang amat penting. Ebiet cuba menjadikan analogi yang rapat dengan manusia ramainya dan dengan itu dia memilih menggunakan analogi klasik. Telaga juga tidak dinafikan selalu disebutkan di dalam mana-mana pantun di dalam bahasa melayu dan aku yakin begitu juga dengan di Indonesia.

Tetapi apabila aku melihat kepada terjemahan di dalam Musixmatch dia menulis telaga sebagai lake atau dalam bahasa melayunya tasik. Maka aku buka laman DBP untuk mendapatkan terjemahan sebetulnya untuk telaga;

[te.la.ga] | تلاݢ

Definisi :
1. perigi, sumur;
2. tasik, danau;
3. ark balung, kolam;
4. = ~ tahi jamban, kakus;
5. = ~ minyak perigi tempat penggalian minyak;

Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa Pustaka
Telaga Wisata [1]

Di Indonesia telaga diterjemahkan sebagai danau (tasik) yang tidak dalam dan bersaiz lebih kecil yang mana dasarnya boleh dilihat secara jelas. Maka aku rasa aku perlu betulkan pemahaman tentang telaga di dalam lagu ini. Maka ayat “di tengah telaga” itu merujuk kepada di tengah tasik yang luas. Boleh dikatakan harapan yang disandarkan kepada perempuan itu adalah amat besar sekali lebih besar daripada telaga yang aku fahami sebagai perigi.

[1] https://www.goodnewsfromindonesia.id/2017/07/31/melepas-penat-di-telaga-sunyi-wisata-asri-nan-sepi

Load Time Kurang 5 Saat

Pagi ini aku terfikir sesuatu. Aku seperti ada terbaca dahulu dalam SSR MAMPU yang syaratnya sesebuah laman sesawang yang bagus adalah berkemampuan untuk load laman sesawang tersebut dalam tempoh kurang daripada beberapa saat. 5 saat mungkin.

Cuma aku aneh, bagaimana mereka membuat pengujian? Adakah dengan meletakkan pada kelajuan internet 10mbps? 30mbps? 50mbps? 100mbps? 1gbps? Ini kerana kelajuan internet memberikan respon yang amat berbeza.

Bagaimana pula pelayar internet? (RIP) Internet Explorer? Edge? Firefox? Chrome? Safari? Opera? Ini disebabkan setiap enjin pelayar dan juga enjin javascript mempunyai prestasi yang berbeza setiap satu. Apatah lagi dengan ada pelayar internet yang tidak menyokong HTTP/2 seperti IE 10 dan kebawah yang akan memberikan prestasi yang begitu jauh jika dibandingkan dengan pelayar internet yang lain.

Cache atau non-cached? Sama ada cache daripada pelayar internet itu sendiri atau melalui CDN seperti Cloudflare. Aku tak berapa pasti adakah panduan rating baru memasukkan sekali kemampuan CDN untuk membuat host sementara jika pelayan utama tidak berfungsi.

Jika laman tersebut menggunakan kaedah PWA atau SPA bagaimana pula? load pertama kali memang sedikit lama tetapi selepas itu seperti tiada hari esok kelajuannya. Adakah patut diambil secara purata atau bagaimana.

Mungkin juga mereka boleh memasukkan penggunaan memori untuk javascript yang begitu tinggi dan gambar yang tidak di-optimizekan akan dikenakan penalti untuk memastikan kualiti laman sesawang adalah yang terbaik untuk mencerminkan kerajaan.

ext-curl is missing in composer.json

Selepas upgrade kepada PHPStorm 2018.2 aku mula mendapat notis ini kepada kod yang menggunakan curl_ dan juga notis ext-json jika menggunakan json_. Setelah aku baca dan tanya pendapat orang lain, jika dan hanya jika keperluan tersebut adalah penting (sistem tak jalan betul kalau tak ada, bukan pilihan) maka letak.

ext-curl is missing in composer.json
contoh notis ext-curl tiada di dalam composer.json

Tujuannya adalah untuk memastikan persekitaran pelayan yang kita jalankan sistem tersebut memenuhi keperluan minima sistem kita. Maka tambah sahaja dan akan menjadi satu perkara wajib untuk semua sistem yang aku guna selepas ini.

"require": {
        "php": ">=5.6.4",
        "ext-curl": "*",
        "ext-json": "*",

Tambah sahaja baris baharu ke dalam fail composer.json dan selepas itu patutnya notis tersebut akan hilang.

Atau boleh buangkan pilihan untuk keluarkan notis tu daripada penetapan PHPStorm tapi, apa guna kau buat kerja dalam IDE kalau semua notis buang?

Parse error: syntax error, unexpected ‘?’, expecting variable (T_VARIABLE)

Aku buat naik taraf daripada PHP 7.0 kepada PHP 7.2 untuk server demo aku dan selepas buat composer update, aku dapat ralat ini apabila cuma masuk ke salah satu sistem yang menggunakan Laravel 5.5 dengan alasannya dia tak boleh faham apa kegunaan “?” di hadapan variable.

Parse error: syntax error, unexpected ‘?’, expecting variable (T_VARIABLE)

Symfony \ Component \ Debug \ Exception \ FatalThrowableError

PHP version via terminal : PHP 7.2.8-1

PHP version via apache: PHP 7.0.31

Maksudnya apache tak menggunakan PHP versi yang betul. Aku suspek apabila membuat a2enmod php7.2, apache tak mematikan php7.0 secara automatik. maka kene buat manual. a2dismod php7.0 kemudian service restart apache.

Puncanya: Apabila menjalankan arahan composer update, composer akan memeriksa versi PHP di CLI dan apabila menjumpai versi 7.2, semua plugin yang digunakan akan dikemaskini mengikut kemampuan versi PHP tersebut. Tetapi apabila apache menjalankan aplikasi, PHP masih menggunakan versi 7.0. Dan ralat keluar.