iFlix Iklankan CarlistBid

Aku mendapat satu emel daripada Adriana iFlix yang tajuknya sedikit pelik;

Car****Bid.my – Get Your Fr** Car Valuation Today!

Apa kaitannya antara iFlix dan Car****Bid? Ada dua andaian dalam perkara ini:

  1. Pihak iFlix dan Car****Bid menggunakan perkhidmatan vendor yang sama untuk membuat email blasting sebagai kaedah pengiklanan tetapi entah bagaimana pihak vendor membuat penetapan yang salah yang mana iklan Car****Bid dihantar melalui akaun iFlix.
  2. Pihak iFlix sengaja menghantar email tersebut sebagai satu kaedah pengiklanan silang.

Aku akan laporkan perkara ini kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) esok pagi untuk mendapatkan penjelasan mahupun maklumat yang lebih terperinci untuk perkara ini sama ada dibenarkan mengikut T&C yang telah dipersetujui ataupun telah melanggar hak aku dibawah PDPA – Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Ini kerana bagi aku apa yang sedang berlaku adalah satu bentuk manipulasi emel kerana aku hanya membenarkan iFlix menghantar emel kepada aku adalah untuk tujuan promosi mahupun pengiklanan berkaitan iFlix sahaja.

Notakaki

  1. Sengaja aku letak **** untuk tidak mahu membuat promosi percuma kepada laman tersebut. Adapun iFlix adalah untuk tujuan supaya dijumpai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.