Unifi: 500 atau 100?

tl;dr; 100mbps lebih untung.

Aku dah dapat upgrade Unifi daripada 50mbps kepada 500mbps untuk program Turbo 2018. Soalnya sekarang, adakah perlu untuk aku kekal dengan kelajuan 500mbps ini ataupun turun kepada pakej baru yang menawarkan 100mbps + UnifiTV Ultimate dengan harga RM150 sebulan.

unifi 500Mbps Turbo Upgrade 2018

Dua perkara yang perlu diberi perhatian untuk membuat keputusan;

  1. Kuantiti pengguna
  2. Kemampuan peranti

Kuantiti Pengguna

Dalam rumah sekarang ada 4 orang yang merangkumi 8 peranti aktif termasuk TV dan Sonos. Pengalaman untuk 50mbps dahulu adalah aku mendapat kelajuan internet yang boleh kata stabil sepanjang masa. Amat jarang berlaku kelajuan internet kurang daripada 45mbps dalam jangka masa sejam. 48-50mbps tu boleh dikatakan majoriti masanya. Maka untuk jangka masa setahun dua lagi aku tidak nampak akan berlaku pertambahan peranti aktif sehingga dua kali ganda daripada sekarang.

Amat tidak stabil untuk mendapat 300-500mbps

Jika dibuat perkiraan 50mbps/8 peranti aktif akan jatuh kepada ~6mbps untuk setiap satu peranti. Itu pun jika semua 8 peranti digunakan pada masa yang sama. 

kelajuan maksimakelajuan purata (8 peranti)
506.25
10012.5
50062.5

Dengan kata lain, jika aku menggunakan pakej 500mbps, setiap satu peranti akan mendapat kelajuan yang lebih laju daripada kelajuan internet asal aku iaitu 50mbps. Aku kurang pasti keperluannya pada ketika ini maka menurunkan kelajuan kepada 100mbps adalah sudah mencukupi bagi pendapat aku.

Kemampuan peranti

Terdapat dua kumpulan peranti yang perlu untuk dipertimbangkan sebelum memilih antara dua pakej ini;

  1. WiFi router yang anda ada
  2. Peranti yang anda gunakan

WiFi router yang mampu memberikan data selaju 500mbps itu sendiri mungkin tiada masalah kerana TM sepatutnya memberikan router yang mampu bertahan dalam keadaan itu kecuali dalam syaratnya tidak mengatakan bahawa router yang diberikan wajib mampu untuk menampung kelajuan internet secara keseluruhan dengan menggunakan WiFi. Maksudnya; aku tidak tahu adakah TM meletakkan WiFi router yang diberikannya adalah mampu untuk menampung kelajuan interent seperti di dalam pakej atau cukup sekadar mampu dengan menggunakan kabel LAN.

Daripada ujian awal aku, TP-Link Archer C7 aku tidak mampu untuk memberikan kelajuan sebanyak 500mbps melalui WiFi dengan stabil walaupun duduk di sebelah router. Adakala boleh mencecah 500, tetapi kebanyakkan masa 150~350 dapat ditarik. Menggunakan LAN tiada masalah. Aku masih melihat jika ada cara yang dapat membetulkan masalah tersebut seperti firmware atau sebagainya. Maka untuk mendapatkan kemampuan WiFi setinggi 800mbps memerlukan router yang bagus.

Peranti yang anda gunakan seperti laptop mahupun telefon pintar itu juga perlulah mampu membuat penghantaran dan penerimaan data pada tahap tinggi. Aku cuba dengan menggunakan Macbook Pro yang mana 802.11ac nya adalah berkelajuan maksima 1.6Gbps. Aku juga mencuba menggunakan iPhone8 yang juga mempunyai 802.11ac. Tetapi seperti yang aku katakan, untuk mendapat kelajuan 500mbps dengan stabil itu agak sukar.

Kesimpulan

Jika anda;

  1. Tidak memerlukan kelajuan 50mbps setiap masa untuk satu peranti
  2. Tidak mempunyai router yang mampu untuk memberikan WiFi selaju 500mbps
  3. Tidak mempunyai peranti yang mampu untuk mendapatkan WiFi selaju 500mbps

Maka saya kira anda juga tidak memerlukan pakej 500mbps ini. Tetapi jika anda bekerja mengguna kabel LAN maka saya rasa sesuai. Atau rumah anda mempunyai banyak AP atau repeater dan mahukan kelajuan optimum untuk setiap AP yang ada maka 500mbps ini juga sesuai untuk anda.

Untuk saya buat masa ini? Saya tunggu panggilan daripada TM untuk turun ke pakej 100mbps. Penjimatan RM50 sebulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.