Tips Buat Aduan Di Unifi

Nota: Unifi disini aku khususkan kepada Unifi di rumah. Bukan telefon bimbit.

Tips ini bukan hanya kepada Unifi tetapi kepada semua perkara. Tl;dr; pastikan anda bersedia untuk membuat laporan. Sebelum membuat panggilan ke 100, ataupun melalui Facebook mahupun Twitter, pastikan anda sudah cukup bersedia dengan semua perkara ini:

Self Diagnose

Self diagnose ini adalah paling penting untuk mempercepatkan urusan dua pihak. Pihak anda yang melaporkan dan juga front desk yang menerima laporan. Antara self diagnose yang anda boleh buat adalah:

  1. Ambil kertas dan pen – Catat semua perkara. Kalau boleh ingat semua benda tak pe. Kalau dah tua sila tulis. Jangan belagak.
  2. Tulis apa masalah anda – Tiada internet? Tiada WiFi ? UnifiTV tak keluar? Laman tertentu tak keluar tapi yang lain keluar? Internet perlahan? 
  3. Semua peralatan dihidupkan – Pastikan semua peralatan yang ada dihidupkan. Kalau ada yang pelik seperti lampu warna merah di modem sebagai contoh, catatkan dalam kertas.
  4. Restart peralatan – Jika anda menggunakan Unifi, maka anda akan dibekalkan dengan Modem & Router. Modem berwarna silver kalau tak salah saya dan ada log TM berlampu putih atau merah bila dihidupkan. Router tu selalunya yang warna hitam atau ada tercacak arial di badannya. Ikut turutan. Matikan modem dan router. Biarkan 5 minit, hidupkan modem sahaja dahulu. Biarkan 2 minit. Hidupkan pula router. Kembali kepada nombor #3 kalau ada perubahan yang tak sama selepas itu. Adakah interent anda ok selepas itu? Jika tidak pergi #5
  5. Ulang proses #4. Adakah interent anda ok selepas itu? Jika tidak pergi #6
  6. Ulang proses #4. Adakah interent anda ok selepas itu? Jika tidak pergi #7
  7. Catatkan di dalam kertas, anda telah restart sebanyak 3 kali. Tetapi masih sama. Maka kemungkinan besar masalah bukan daripada perkakasan dalam rumah. Itu adalah satu diagnose penting.
  8. Jika masalah anda adalah WiFi – sila cuba buat speedtest menggunakan http://speedtest.tm.com.my dan catat kelajuan yang anda dapat. Adakah sama dengan apa yang anda langgan daripada TM. 80% margin adalah baik. Jika rendah, cuba balik dengan menggunakan kabel pula dan catat di atas kertas. Adakah masih rendah atau sudah menjadi ok. Jika ok, kemungkinan besar bukan masalah daripada internet Unifi tetapi perkakasan yang salah setting atau WiFi limitation atau interference. Tulis di dalam kertas yang anda perlukan nasihat untuk masalah WiFi.

Telefon 100

Tips paling penting semasa telefon 100 adalah: jangan maki dia.

 Kebanyakkan orang yang jaga helpdesk atau teknikalnya dipanggil 1st level support ni adalah orang yang bukan mahir mana pun tentang teknikal yang terperinci. Tugas mereka hanya merekodkan masalah daripada pengguna dan membantu secara berskrip. Maka, jangan maki, jangan marah, jangan herdik, jangan carut, jangan keluar kata kesat.

  1. Encik dah restart modem? – Ni soalan biasa. Bagi tahu dia yang anda telah restart modem dan router mengikut turutan sebanyak 3 kali ulangan dan masih menghadapi masalah yang sama.
  2. Speedtest – Berikan juga kelajuan internet yang anda catat tadi daripada WiFI dan juga kabel.
  3. Jika ada sebarang tanda pelik seperti lampu warna merah, beri tahu tentang perkara tersebut.
  4. Jika ada sebarang step tambahan yang dia suruh buat, lakukan dan catat perkara tersebut untuk dimasukkan ke dalam checklist self diagnose anda lain kali.
  5. Nombor aduan – Pastikan anda dapat nombor aduan selepas buat aduan. Tidak kira sama ada berjaya selesai atau tidak. Simpan sekali tarikh aduan anda. Kalau dapat nama operator lebih baik. Minta juga mereka grace period selama 3 hari paling kurang sebelum tutup aduan. Dalam masa 3 hari pastikan anda selalu menjalankan speedtest dan periksa Unifi anda. Catat hasil setiap speedtest yang dijalankan.

Masalah berlaku lagi

Jika masalah berlaku lagi kepada Unifi anda selepas kes di tutup, jalankan semula self diagnose anda. Catat semua keputusan diagnose yang baru. Periksa adakah masalah itu sama dengan masalah yang sebelum ini. Jika sama, telefon 100 dan maklumkan bahawa masalah yang sama pernah berlaku dan berikan nombor aduan serta tarikh aduan. Jika masalah yang sama kerap berlaku maka minta untuk mereka hantarkan pasukan teknikal ke tempat anda untuk membantu masalah tersebut.

Tetapi jika masalah itu berlaku sebelum kes ditutup, telefon 100 segera untuk mengelakkan mereka menutup kes tersebut. Berikan nombor aduan yang sebelum ini sebagai rujukan. Jangan lupa self diagnose.

Notakaki

  1. Self diagnose adalah penting. Belajar buat self diagnose. Tidak kira masalah Unifi, masalah kereta, masalah kesihatan, masalah periuk nasi tak masak betul, self diagnose adalah penting.
  2. Nota ini adalah hanya sebagai rujukan untuk membantu anda dan pihak Unifi membetulkan masalah jika ada.
  3. Kalau laporkan melalui Twitter atau Facebook, tak perlu mention Gobind. Tak de guna. Unifi ada SOP dan SLA sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.