Sublime Text & Sublime Merge

sublime & sublime merge
sublime & sublime merge

Sublime Text adalah satu text editor yang ringan dan mudah untuk digunakan. Kemaskini terbaharu telah meletakkan fungsi git tanpa perlu memasang aplikasi tambahan. Dengan ini secara tidak langsung menyambungkan antara Sublime Text dan satu lagi aplikasi yang dikeluarkan oleh pembangun yang sama iaitu Sublime Merge.

Sublime Merge adalah aplikasi git yang aku rasa agak mudah untuk digunakan lebih lagi untuk pengguna git yang berjinak-jinak dengan git. Sublime Merge telah dikeluarkan beberapa lama dahulu tetapi kali terakhir aku cuba ada beberapa bug yang menyebabkan aku mengabaikannya dan kekal dengan gitx, satu lagi aplikasi git UI. Tetapi kemaskini terbaru ini nampaknya aplikasi ini telah semakin stabil.

Kombinasi kekunci sama seperti Sublime Text menyebabkan aku rasa cukup mudah untuk menggunakannya. Mungkin akan menukarkan keperluan untuk menggunakan gitx selepas ini.

Sublime Text
Sublime Text

Text editor yang mudah, cepat dan pantas. Banyak pemalam yang boleh dimasukkan untuk menjadikannya lebih hebat.

Sublime Text
Sublime Text

Aplikasi Git UI yang mudah dan senang digunakan. Fungsi asas Git seperti pull, push, merge, blame ada disediakan.


Tambahan: smerge – untuk membolehkan melarikan Sublime Merge di dalam command line seperti subl .

ln -s "/Applications/Sublime Merge.app/Contents/SharedSupport/bin/smerge" /usr/local/bin/smerge

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.